CHENDERONG BALAI: Sudah menjadi kemestian buat isteri wakil rakyat menerusi BAIDURI mengambil bahagian dalam aktiviti rewang (gotong-royong memasak hidangan makanan) di program Permukiman Menteri Besar.

67cf168e-ddf2-4910-bf34-083126f248b9

Kemeriahan turut dikongsi bersama masyarakat setempat yang juga berganding bahu untuk memastikan kesemua hidangan lengkap untuk hadirin.

Rewang yang diadakan bersempena Karnival Mahabbah bersama Institusi Agama Islam Negeri Perak di Masjid Jamek Simpang 4, Chenderong Balai, Teluk Intan mendapat sambutan baik daripada muslimin dan muslimat.

7dfff3d3-0b8c-4633-b451-19ae5479cc04Seawal jam lapan pagi lagi gotong-royong dimulakan dengan hidang istimewa di sini iaitu gulai kawah Chenderong Balai, di samping lauk pauk lain.

Yang DiPertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli bersama ahli BAIDURI tidak ketinggalan membantu menyediakan gulai kawah di Kampung Redang Ponggor.

Sementara kaum muslimin menunggu masuknya waktu solat Jumaat, kaum muslimat bersama-sama menghidangkan makanan.

Selesai rewang, hadirin di karnival tersebut akan menunaikan solat Jumaat sebelum menjamu hidangan yang disediakan.