IPOH: Mengusahakan gerai makanan berasaskan citarasa Melayu dalam persekitaran kampung baharu yang majoriti penduduknya berketurunan Cina, adakalanya mengundang persoalan, apakah ia umpama hidup segan, mati tak mahu?
Tanggapan itu sedikit sebanyak menghantui pemikiran para peniaga yang seboleh-bolehnya mengelak untuk membuka perniagaan di lokasi sedemikian, secara ringkasnya mereka merasakan ‘tidak boleh cari makan’.
IMG_6143Namun Munirah Yahya, 36, dan kakaknya, Halaliah, 43, membuktikan sebaliknya apabila perniagaan keluarga yang sudah lebih 20 tahun di Kampung Simee di sini, menjadi lubuk rezeki mereka sekeluarga.
Mereka memulakan perniagaan menjual kuih muih dan masakan Melayu di Lebuh 1, Kampung Simee sejak 20 tahun lalu dan bertahan sehingga kini.
“Dulu kami berniaga kecil-kecilan saja, cuma pacak payung dengan meja di bawah pokok. Kalau dulu, jual kuih muih dan nasi lemak tapi sekarang lebih banyak seperti nasi berlauk dan pisang goreng.
“Mungkin ada yang anggap kita (peniaga Melayu) tidak boleh hidup cari makan di kampung yang majoritinya bangsa lain, tapi kami memang seronok berniaga di sini dan sambutan pun menggalakkan,” kata Munirah kepada Suara Perak, baru-baru ini.
IMG_6147
Munirah juga menceritakan gelagat pelanggan dari masyarakat Cina yang begitu menggemari kuih muih dan nasi berlauk bersama sambal belacan, setiap kali berkunjung ke gerainya.
IMG_6148“Ada pelanggan yang berbangsa Cina datang ke sini siap bawa satu keluarga, mereka suka kuih koci dan lepat. Yang seronoknya saya suka sebab mereka akan makan guna tangan bila makan nasi berlaukkan ikan sumbat serta sambal belacan,” ujarnya yang turut menyewa rumah berhampiran gerainya.
Sementara itu, Suara Perak sempat berkunjung ke Pasar Pagi Kampung Simee dan mendapati sememangnya jumlah peniaga Melayu boleh dibilang dengan jari.
Secara kebetulan kami ternampak seorang demi seorang pelanggan Cina membeli nasi lemak dan kuih karipap di gerai milik Halimah Jon, 56, dan anaknya, Noor Adibah Ani, 30.
IMG_6137
Menurut Noor Adibah, sambutan terhadap menu nasi lemak RM1 dan karipap kentang dari pelanggan Cina di kampung itu tidak putus-putus sejak dia membuka jualan hampir dua tahun yang lalu.
IMG_6138“Sebenarnya kalau kita jual di kawasan Cina lebih bagus, jual apa pun laku sebab sebelum ini pun peniaga Melayu jual terung panjang yang nampak biasa saja tapi sekejap saja habis dijual.
“Jangan takut berniaga di tempat yang tak ramai bangsa sendiri, buktinya kami sudah alami sendiri dan alhamdulillah setakat ini mereka suka dengan makanan Melayu,” katanya.
Kewujudan dua gerai itu memang boleh dicontohi dan me jadi teladan kepada usaha memajmukkan masyarakat Malaysia yang sedia berbilang keturunan dan kepercayaan.