SUNGAI MANIK: Kejadian ribut di beberapa buah kampung di Sungai Manik dan Chenderong Balai yang berlaku petang Isnin telah merosakkan lebih 124 buah rumah penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin senarai terbaharu itu diperolehi hasil maklumat daripada ketua-ketua kampung.

Dalam laporan awal malam tadi, Zainol berkata, kejadian ribut dengan hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu merosakkan lebih 60 buah rumah.

 3e4950b9-3227-486c-9a71-c9a1e23d9fba

Kejadian itu menyebabkan bumbung rumah-rumah terbabit diterbangkan ribut di samping menumbangkan beberapa batang pokok.

Selain itu, beberapa tiang elektrik dan telefon juga tumbang sehingga  menghempap beberapa buah kenderaan.

Menurut Zainol Fadzi, berdasarkan maklumat terkini, sebanyak 60 buah rumah di Kg Sungai Tunku rosak, Kg Sg Keroh (20), Kunci Air 4 (2), Parit 5B/4B (14), Permatang (3), Parit 9 (13), Sungai Manik Kanan (5), Sungai Manik Lama Kanan (4) dan Parit 3/6 Labu Kubong (3).