IPOH: Sebanyak RM15,720 derma berjaya dikutip untuk Tabung Amal Aman Palestine sempena Aura Ramadan TIC 2017 pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Taj International College (TIC), Tina Tajudin berkata, sukarelawan telah dipecahkan kepada sembilan kumpulan untuk ke lokasi di sekitar Ipoh.
Menurut beliau, antara lokasi yang dipilih ialah pasar pagi, pusat membeli belah dan bazar Ramadan.

“Kami di TIC telah bekerjasama dengan Aman Palestine Perak sejak lapan tahun untuk melaksanakan aktiviti amal,” katanya kepada Suara Perak pada Isnin.

tabung-amal-palestin 3

Turut turun padang ke lokasi tertentu semalama iala Maulana Mohamad (AF8) yang juga duta Aman Palestin.

Sementara itu, Aura Ramadan TIC 2017 turut mengadakan gotong royong bubur lambuk dengan Majlis Belia Daerah Ipoh untuk diagihkan di sekitar bandar ini.

Lain-lain aktiviti yang diadakan hari ini dengan kerjasama majlis belia itu ialah ceramah bersama Ustaz Harith Fazilah, Tadarus Al-Quran, iftar, solat Terawih, gotong royong menyediakan sahur, konvoi sahur untuk gelandangan, Rumah orang tua Titian Abadi Lahat dan Rumah anak yatim Nurul Iman Manjoi.