KUALA LUMPUR – Sejumlah RM2.5 bilion saham Tenaga Nasional Bhd. hilang daripada pasaran selepas sahamnya menjunam ke paras terendah sejak 2016.

Dalam dagangan tengahari, saham TNB jatuh 44 sen kepada RM12.24 seunit sekaligus memberi impak terhadap prestasi FBM KLCI.

Indeks penanda aras itu jatuh 11.35 mata atau 0.69 peratus kepada 1,628.11.

Sejumlah 2.42 bilion saham bernilai RM1.1 bilion bertukar tangan. – MalaysiaGazette