KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen dan tiga sen iaitu kepada RM1.97 seliter dan RM2.22 seliter berkuat kuasa Khamis hingga 19 Julai.

Harga diesel pula naik lima sen kepada RM1.96 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui infografik di laman sesawangnya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam Rabu.

Sebelum ini, bagi tempoh 6 hingga 12 Julai, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM1.93 seliter, RON97 (RM2.19) dan diesel (RM1.91) seliter.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/12/harga-minyak-naik/#EjiMYM87lxRdIEQI.99