PUTRAJAYA: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 10.43 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International.

Beliau yang mengenakan baju kurung berwarna biru dan berselendang merah turut ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam terdiri daripada K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Rosmah tiba dengan kenderaan jenis Mercedes-Benz S350 menggunakan nombor pendaftaran WQF 11 serta diiringi dua dua buah kenderaan lain.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir dua kali ke sini iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

1/4

SPRM pada Jumaat lalu, menyerahkan notis untuk memerintah kehadiran kepada Rosmah Mansor bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Tinjauan NSTP mendapati, lebih 100 pengamal media tempatan dan asing mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM di sini sejak 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung siasatan berkaitan SRC International itu – berita harian