IPOH: Pasukan RPAP FC berjaya merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Penalti Terbuka 2019 Piala YB Hasnul Zulkarnain yang berlangsung di Padang Ipoh hari ini.

RPAP FC mengalahkan We United FC dalam aksi final yang berkesudahan 4-3.

Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi oleh MDBG FC dan MBI juga dengan jaringan 4-3.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata,
sebanyak 96 pasukan dari dalam dan luar Perak mengambil dalam kejohanan itu.

“Terima kasih kepada semua pasukan daripada pelbagai pihak, termasuk agensi-agensi kerajaan yang banyak membantu menjayakan kejohanan ini.

“Tidak lupa semua jawatankuasa yang terdiri daripada rakan-rakan Pemuda AMANAH Perak yang menjayakan kejohanan sulung ini.

“InsyaAllah pihak kami akan menganjurkan program ini untuk siri kedua pada hujung tahun ini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.