Subscribe Now

Trending News

Rugi RM25,000 Dipecah Masuk, Tiga Suspek Lelaki Dikesan Polis
Dalam Negeri

Rugi RM25,000 Dipecah Masuk, Tiga Suspek Lelaki Dikesan Polis 

IPOH – Pejabat Pos Tambun mengalami kerugian kira-kira RM25,000 selepas bangunan tingkat bawah pejabat itu dipecah masuk di Jalan Susuran 2, Tanjung Rambutan di sini awal pagi tadi.

Kejadian tersebut disedari Penyelia Serahan berusia 46 tahun ketika dia mahu memulakan tugas di pejabat tersebut kira-kira pada pukul 7.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tambi berkata, siasatan awal mendapati, bangunan tersebut dipecah masuk kira-kira pada pukul 3 pagi melalui atap bahagian belakang kawasan parkir motosikal yang dipotong serta zink biru yang dijadikan dinding pula digunting.

“Polis kini sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki melakukan jenayah tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di bangunan itu.

“Dua kesan cap jari juga berjaya dikesan dan polis kini sedang membuat semakan terhadap cap jari tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Mohd. Ali, suspek melarikan wang tunai kira-kira RM25,000 yang disimpan di dalam peti besi yang ditebuk selain mereka turut merosakkan kotak penggera kecemasan.

“Polis merampas peralatan pecah masuk yang ditinggalkan suspek iaitu penggerudi dan dua batang pemutar skru.

“Kes disisat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan,” katanya.

-KosmoOnline

Related posts