MANJUNG – Sebuah rumah hangus 50 peratus dalam kebakaran kira-kira jam 11 pagi tadi di Kampung Tebuk Matang Raja, Pantai Remis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Amir Hamid berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kejadian jam 11.27 pagi.

“Pasukan bomba melakukan kerja pemadaman menggunakan dua aliran hose reel sehingga api dipadamkan sepenunya.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini – sinar