IPOH – Sebuah rumah musnah 80 peratus dalam satu kebakaran di Persiaran Sungai Pari 15, Kampung Tersusun Buntong, di sini, awal malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh mengesahkan menerima panggilan kecemasa pada pukul 7.31 malam.

“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi dan mendapati api sedang marak membakar hampir keseluruhan rumah jenis Kelas B berukuran 40 kaki x 80 kaki.

“Anggota telah membuat pemadaman menggunakan dua aliran 100 kaki dua pancutan dan tiga aliran hos reel bersumberkan air dari tangki jentera Fire Rescue Tender Ipoh 1 dan 2 serta jentera prime mover sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya ketika dihubungi Suara Perak.

Kawasan Kebakaran

Beliau berkata BBP Ipoh turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru.

Tiada mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, tambah beliau.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Tinggi Zulkifli Mohamad dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.53 malam.

Kawasan Kebakaran Berjaya Dipadamkan