LENGGONG – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak akan berdepan Muhammad Rif’aat Razman yang juga anak kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan.

Kerusi yang disandangnya itu juga turut akan dicabar oleh calon PKR, Noor Hasnida Mohd Hashim sekali gus menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada pilihan raya lalu, Saarani telah menewaskan calon dari PKR Zahrul Nizam Abdul Majid dengan majoriti 1,844 undi.

Bagi kerusi Parlimen Lenggong pula, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN) sebagai penyandang akan mempertahankan kerusi berkenaan daripada calon PAS, Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin dari PKR.

Razman yang bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada PRU-13 kalah di tangan Shamsul dengan majoriti 3,453 undi.

Di kerusi DUN Kenering pula, penyandangnya Datuk Mohd Tarmizi Idris (BN) ditentang wakil PKR, Noor Sham Abu Samah dan PAS pula mempertaruhkan Azhar Rasdi.

Mohd Tarmizi sebelum ini menewaskan calon dari PKR Mhamad Tarmizi Abdul Hamid dengan majoriti 3,335 undi.