KUALA LUMPUR – Biarpun sekadar gimik, namun hakikatnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan seorang petani dalam satu majlis di sini.

Surat luahan petani dan nelayan itu menyentuh menyuarakan isi hati mereka tentang pemotongan elaun sara diri golongan berkenaan.

Salahuddin membaca surat tersebut dengan nada tersekat-sekat tentunya turut meninggalkan kesan di hati para hadirin apabila ada di antara mereka tidak dapat menyembunyikan air mata yang menitis.


Surat berkenaan diserahkan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud, 77, kepada Salahuddin sendiri sebagai gimik Majlis pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020.

Wak Ibas yang turut berada di atas pentas ketika surat itu dibaca Salahuddin memegang bahu menteri itu bagi menenangkan beliau.

Usai membaca luahan tersebut, Salahuddin berjanji, selagi memimpin kementerian itu, beliau akan berusaha memastikan golongan petani dan nelayan akan terus di bantu. – MalaysiaGazette