PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan membatalkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membabitkan nilai RM435 juta berikutan berlaku perjanjian berat sebelah antara kerajaan terdahulu dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan pihak yang terbabit dalam menandatangani perjanjian penswastaan AES ini adalah orang bodoh kerana kerajaan tidak mengutip sebarang hasil daripada perjanjian itu.

“Semua saman tertunggak itu dibatalkan kerana kerajaan tidak bersetuju penguatkuasaan diswastakan kepada dua syarikat konsesi itu iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd,” katanya hari ini – berita harian

Berita lanjut menyusul.