IPOH: Sambutan Hari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPIM) 2016 berlangsung meriah dengan kehadiran ahli-ahli cawangan Perak di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada Sabtu.

Dengan tema Wanita Mithali: Surihati Keluarga, perayaan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun penubuhan LKPIM yang ke-55 tahun.

Pengerusi LKPIM Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli turut sama memeriahkan majlis dengan pelbagai pengisian yang dilaksanakan.

Majlis bermula seawal jam 9 pagi dengan aktiviti ceramah agama, pertandingan nasyid, merias dan memasak disamping pertandingan gerai paling ceria menerusi penyertaan daripada 19 buah cawangan daerah.

Di samping itu, lebih 30 gerai dan trak makanan disediakan kepada para pengunjung yang menjual barangan terpakai, buku, jualan makanan, pakaian dan sebagainya.

 

 

Ia bagi membantu mengisi tabung setiap cawangan supaya mereka dapat menjalankan segala kerja kebajikan dengan lebih berkesan di daerah atau Parlimen masing-masing.

Antara badan NGO yang sama-sama menjayakannya seperti BAIDURI, PUSPANITA, Kelab Bakti Gunung Kledang dan orang-orang persendirian.

Majlis berakhir dengan Saripah menyampaikan hadiah kepada para pemenang kategori pertandingan.