PARIT: Golongan wanita dari sekitar Parit tanpa mengira umur dan latar belakang tidak ketinggalan memeriahkan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak di Simpang Tiga, di sini pada Rabu.

Seawal jam 6 pagi, wanita dari sekitar DUN Belanja menyingsing lengan menyediakan nasi lemak dan rendang serta pulut khusus untuk sarapan mereka sempena hari penghargaan kaum wanita sedunia itu.

hari wanita 1

Istimewanya, mereka turut meluangkan masa berkongsi cerita dan beramah mesra bersama pemimpin Perak iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Malah, telatah anak kecil yang bersemangat menunjukkan bakat menari sesi aerobik bersama Dr Zambry dan ADUN Behrang, Datuk Rusnah Kasim juga agak mencuit hati.

hari wanita 2

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak, S Kavaramma berkata, program itu adalah inisiatif untuk menyokong Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada hari sama malah diadakan serentak di seluruh negara.

Katanya, antara program yang dijalankan selain sesi masakan sarapan adalah seperti, senamrobik dan pemeriksaan kesihatan percuma bagi HPV dan Mammogram.