IPOH: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan 13 keluarga di Dewan Orang Ramai Matang Gelugor, Matang pada awal pagi Rabu.

Kesemua 37 mangsa banjir itu terpaksa dipindahkan berikutan paras air yang naik secara mendadak di sekitar kawasan rendah paya bakau itu.

Ia sekaligus menjadikan angka mangsa banjir terus melonjak naik sehingga 649 orang berbanding dengan 594 orang pada malam Selasa.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada 205 keluarga kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sekitar lima daerah terjejas banjir.

Berikut merupakan statistik terkini bagi bencana banjir Perak sehingga jam 4.30 pagi Rabu.

DAERAH HILIR PERAK

1) Pusat pemindahan  : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara

Keluarga    : 12

Mangsa      : 32

DAERAH LARUT MATANG & SELAMA

1) Pusat pemindahan  : Surau Kampung Jawa Trong

Keluarga    : 12

Mangsa      : 39

2) Pusat pemindahan  : DOR Kampung Matang Merbau Trong
Keluarga    : 9

Mangsa      : 29

3) Pusat pemindahan  : DOR Kampung Kelubung
Keluarga    : 2
Mangsa      : 14

4) Pusat pemindahan  : Kampung Padang Serai Dalam
Keluarga    : 5
Mangsa      : 21

5) Pusat Pemindahan : DOR Matang Gelugor, Matang
Keluarga    : 11
Mangsa      : 37

DAERAH MANJUNG
1) Pusat pemindahan  : Dewan JKK Kampung Kota, Beruas
Keluarga    : 20
Mangsa      : 67

2) Pusat pemindahan  : Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai
Keluarga    : 53
Mangsa      : 187

3) Pusat pemindahan  : Dewan Inderawati Beruas
Keluarga    : 74
Mangsa      : 195

DAERAH KINTA

1)  Pusat Pemindahan  : D.O.R Kg Piandang seputeh. Bt Gajah*

Keluarga    : 1

Mangsa      : 8

DAERAH PERAK TENGAH

1)  Pusat Pemindahan  : Surau Nurul Jannah, Parit 6

Keluarga    : 2

Mangsa      : 10


1)  Pusat Pemindahan  : Surau Kampung Talang
Keluarga    : 2
Mangsa      : 4

DAERAH KUALA KANGSAR
1)  Pusat Pemindahan  : Surau Karimiah, Kampung Talang Hulu
Keluarga    : 2
Mangsa      : 6