KUALA LUMPUR : Kenyataan Peguam Negara membuktikan video seks mengaitkan dirinya itu hanyalah mainan politik, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Justeru, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bersyukur dengan kenyataan Tan Sri Tommy Thomas mewakili Jabatan Peguam Negara itu.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dan keputusan sebulat suara oleh Timbalan Pendakwa Raya ini membuktikan saya dibersihkan dari segala tohmahan, noktah segala fitnah,” katanya dalam reaksi segeranya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Pada masa yang sama Mohamed Azmin juga berterima kasih kepada isteri, keluarga dan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan sejak enam bulan lalu.

“Ini merupakan permulaan tahun 2020 yang baik bagi saya dan keluarga untuk terus bekerja,” ujarnya.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara berkata, tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.

Menurut Tan Sri Tommy Thomas, tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu.-