Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak memerlukan sokongan dari parti pembangkang khususnya PAS.

Sebaliknya, Mahathir menegaskan beliau hanya perlukan sokongan Pakatan Harapan (PH).

“Saya perlu sokongan wakil rakyat setakat 50 peratus lebih.

“Saya tak perlu sokongan daripada PAS kerana PH sendiri mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Klang, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas apakah beliau benar-benar memerlukan sokongan PAS.

Mahathir semalam dilapor berkata beliau tidak faham dengan sikap PAS yang berpendirian tidak tetap dalam menyuarakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai perdana menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, baru-baru ini beberapa pemimpin PAS menemui dan menyatakan sokongan agar beliau kekal sebagai perdana menteri.

Namun, katanya, dalam situasi lain parti itu melakukan tindakan dilihat tidak menyokongnya – Malaysia kini