IPOH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak akan melompat meninggalkan DAP.

Naib Pengerusi DAP Perak itu menegaskan, beliau tetap bersama DAP walaupun Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka yang juga ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee telah menyatakan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional.

Tambahan pula, katanya, beliau bukanlah termasuk dalam kriteria yang mungkin dikehendaki oleh gabungan Perikatan Nasional.

“Saya masih di sini dan saya tidak fikir saya ni laku pun kerana kalau tengok daripada formasi sebelah sana, bukan orang macam saya yang diperlukan.

“Ada orang kata yang saya nak melompat, tak ada saya tak melompat, saya masih di sini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, gabungan Pakatan Nasional mungkin memerlukan ADUN bukan Melayu bagi memegang portfolio yang sesuai, seperti kebiasaan sebelum ini.

Mengulas kenyataan Norhizam yang menyifatkan dirinya sebagai barua selama 22 bulan Abdul Aziz berkata, beliau tidak DAP faham mengapa bekas Exco Melaka itu berkata demikian.

“Sebagai seorang ahli politik, itu satu perkara yang saya percaya mengejutkan, menjatuhkan maruah dan juga intergriti dia sendirilah.

“Kalau dia sedar jadi barua, maknanya dia menipu rakyatlah, parti apa pun dia, isunya apakah selama ini dia tak faham apa yang dia buat, dia tembak babi apa semua tu dan apa maksud barua fi situ,” ujarnya.

Abdul Aziz berpendapat, ahli politik seperti ADUN Pengkalan Batu tidak mempunyai masa hadapan dalam politik.