KUALA LUMPUR: Sebahagian besar wang tunai yang dirampas dari tiga unit kondominium di sini yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdiri daripada mata wang ringgit dan dolar Singapura.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman , Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata dua daripada kediaman berkenaan didiami anak dan ahli keluarga Najib.

“Kediaman ketiga di mana kebanyakan barangan dan wang tunai dijumpai tidak berpenghuni ketika polis membuat pemeriksaan.

“Polis mendapat waran geledah untuk unit kediaman ketiga sebelum membuat pemeriksaan pada 18 Mei lalu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau mengesahkan wang tunai berjumlah RM500,000 dijumpai di kediaman di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini milik bekas Perdana Menteri itu – berita harian