IPOH: Kerajaan negeri Perak mahu semua 15 hospital di negeri ini menjalani penyelengaraan terperinci dan ujian pendawaian elektrik dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Pengerusi Jawatankuasa kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, hospital yang lama serta dalam keadaan uzur perlu diberi keutamaan.

“Bukan sahaja penyelengaraan biasa tetapi jika ujian mendapati ada keperluan (untuk pendawaian semula), maka pendawaian itu akan diubah bagi mengelak daripada perkara-perkara seperti ini terjadi lagi,” katanya ketika membuat lawatan ke hospital itu pada petang Khamis.

Menurut Dr Mah, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan pesakit, kakitangan  serta orang awam yang berada di mana-mana hospital di negeri ini, terjamin.

Kebakaran kecil di HRPB pada jam 11.30 malam tadi itu tidak membabitkan sebarang kecederaan pada pesakit, waris atau kakitangan hospital.

Namun kesemua 43 pesakit terpaksa dipindahkan ke wad lain bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bomba.