AYER TAWAR: Sektor pendidikan terus menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional kerana percaya pelaburan berterusan dalam sektor ini mampu mengubah masa depan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, saban tahun peruntukan untuk sektor itu terus meningkat, berbanding sektor lain, seperti pertahanan.

“Kita utamakan masa depan anak-anak kita, itu sebab kita belanja berbilion ringgit untuk sektor pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan tambahan baru SK Telaga Nanas, dekat sini, pada Jumaat.

982a6353-f7c1-4d79-a8d3-2512b52bea78

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Di Zambry berkata, kerajaan juga menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi masa depan pendidikan anak-anak mereka.

Oleh sebab itu, katanya, sejak lapan tahun lalu kerana negeri Perak memberi sumbangan RM200 melalui simpanan tabung pendidikan kepada anak-anak yang lahir dan kerajaan Persekutuan melaksanakan program yang hampir sama, yang dinamakan ADAM50.

“Malangnya ada satu negeri tu yang mendakwa kerajaan Persekutuan meniru mereka, saya beritahu mereka bahawa Perak telah lama melaksanakannya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Dr Zambry berkata, pembinaan bangunan baru SK Telaga Nanas itu adalah manifestasi daripada keprihatinan kerajaan untuk memberi keselesaan kepada murid-murid menuntut ilmu.

Bangunan baru satu tingkat yang berharga kira-kira RM1 juta itu dibina menggunakan sistem pembinaan industri (IBS) yang mempunyai empat bilik darjah.