Lagenda bola sepak Perak yang tidak asing lagi, Ahmad Shahrul Azhar Sofian telah dilantik menjadi Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan juga Pengurus pasukan mulai 12 Julai 2017.

Berita perlantikan ini diumumkan oleh Presiden PAFA, YB. Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Dengan berita ini jelas membawa harapan baru dalam kalangan penyokong Perak The Bos Gaurus yang begitu mengharapkan pihak pengurusan tampil dengan lebih jitu dalam membawa pasukan ke mercu kejayaan.

Ahmad Shahrul yang merupakan pemain paling berpengaruh di zaman kegemilagan Perak berjaya menghadiahkan Piala Malaysia 2000, menjuarai Piala FA 2004 dan juga memimpin Perak menjuarai Liga Perdana 1 pada tahun 2003 dan 2003.

-AREANASELADANG.COM