Anak babun yang comel bersandar pada tayar di sebatang jalan di Afrika Selatan manakala beruang kutub mengerekot kesejukan bersama anak-anaknya di Kanada – dua gambar ini tergolong dalam beberapa penyertaan menakjubkan pada pertandingan fotografi hidupan liar tahunan yang kelima Persatuan Zoologi London (ZSL).

Rakaman kandid yang menggambarkan kelemahan haiwan di seluruh dunia itu turut disenarai pendek bersama imej yang menggambarkan naluri asal mereka termasuk badak menguap ketika matahari terbenam dan burung menangkap ikan.

haiwan01_1475553371cvcvcvc

Percaya atau tidak, gambar cicak ketika musim mengawan yang memenangi satu kategori dalam pertandingan itu yang dirakam Pratik Pradhan di India sebenarnya mengambil masa tiga tahun untuk diambil.

Pengarah ZSL, Ralph Armond berkata: “Imej yang dirakam Pradhan menunjukkan dedikasi sebenar dalam menghargai keunikan alam semula jadi. Dengan populasi hidupan liar di dunia ini yang semakin berkurangan dalam tempoh 40 tahun lalu, penting untuk kita meningkatkan kesedaran dan mengingati betapa ajaibnya alam haiwan.”

Pertandingan itu menerima lebih 3,000 penyertaan daripada jurugambar dewasa dan junior di seluruh dunia untuk mewakili enam kategori, antaranya ‘Weird and Wonderful’ (Pelik dan Menarik) serta ‘Catch Me If You Can’ (Tangkap Saya Jika Anda Boleh).-metro