IPOH: Pasukan badminton wanita Perak terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas 1-3 kepada Selangor dalam perlawanan penuh dramatik di Arena Badminton di sini, petang Jumaat.

Perak bermula baik apabila pemain perseorangan Lee Ying Ying menewaskan H. Dharsana 21-4, 21-10.

Bagaimanapun perseorangan kedua Perak gagal mengekalkan momentum kemenangan selepas tewas kepada M.Thiinaah 23-21, 16-21, 18-21.

Perseorang ketiga Perak, Desire Siow Hao Shan pula tewas kepada A.K Letshanaa 6-21, 20-22.

Sandaran Perak untuk bangkit pada pemain bergu Eoon Qi Xuan dan Valeree Siow Zi Xuan tidak kesampaian apabila mereka tewas dalam pertarungan sengit 21-13, 13-21, 18-21 kepada pasangan Lee Zhi Qing dan Ng Wan Win.

Pingat gangsa dimenangi pasukan Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, YB Howard Lee Chuan How turut hadir memberikan sokongan kepada para pemain Perak.

o