IPOH: Selepas program qiamullail di bulan Ramadan, Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) akan menganjurkan pula program Gerak Subuh di masjid-masjid seluruh negeri.

Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad berkata, seperti program qiamullail, program Gerak Subuh juga akan disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut beliau, program itu yang merupakan kesinambungan Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah antara lain mengajak umat Islam mengimarahkan masjid.

“Alhamdulillah kita selesai mengadakan lima program qiamullail, tetapi kita tidak akan berhenti di sini, selepas Ramadan, kita akan adakan program Gerak Subuh,” katanya kepada Suara Perak selepas program qiamullail di Masjid Sultan Azlan Shah di sini, pagi Khamis.

Selain di Ipoh, program qiamullail turut di Pengkalan Hulu, Manjung, Chemor dan Gunung Semanggol.

Program yang bermula jam 4 pagi itu diketuai oleh guru Al-Quran Masjidil Haram, Sheikh Usama Muhammad Iqbal.

df3d1851-5cab-40c1-b14d-acf81d19fc41Sementara itu, Dr Zambry di dalam ucapan pada majlis yang sama melahirkan rasa syukur kerana sejak kebelakangan ini, masjid-masjid di Perak mula dipenuhi dengan jemaah, termasuk di kalangan anak muda.

“Alhamdullilah, ada masjid yang saya pergi, ruang solatnya penuh sehingga ada yang terpaksa solat di luar, ini sangat hebat,” ujarnya.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada umat Islam di negeri ini, Dr Zambry menyeru mereka supaya memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadan ini.

Dalam masa yang sama, beliau mengajak umat Islam bermaaf-maafan di atas kesilapan yang dilakukan, sama ada secara sedar atau tidak.

e59b2854-8a04-406b-9813-bd115752997d