IPOH: Semangat kebersamaan dan berpasukan yang tinggi dikalangan penjawat awam merupakan kunci kejayaan sesebuah pentadbiran.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Ianya terbukti apabila Perak telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan sehinggakan dijadikan model pentadbiran di peringkat kementerian.

“Kakitangan awam negeri ini telah menunjukan pencapaian yang amat baik sehinggakan beberapa perkara yang belum kita capai sebelum ini telah tercapai dari segi hasil dan pembangun negeri malah termasuk kaedah kita mentadbir.

“Kaedah pentadbiran Perak dilihat antara contoh terbaik dari segi pencapaian pengiktirafan diberikan jabatan audit dan kementerian tertentu juga mengunakan modul Perak untuk diteladani,” katanya.

Beliau bercakap demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2016 di sini pada Selasa.

ab687055-3ef0-4be9-a23e-d9048951bd88

Tambah beliau kejayaan itu merupakan terjemahan daripada dasar yang baik diamalkan oleh kerajaan negeri.

“Ianya merupakan terjemahan sistem yang baik diamalkan oleh kita, Ianya terjemahan pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan kakitangan awam yang baik.

“Dari dulu sehingga sekarang saya sebutkan kecemerlangan yang kita kecapi ini kerana kita berjaya membentuk satu pasukan yang amat-amat baik,” ujar beliau.

Dalam majlis itu seramai 112 orang pegawai telah diiktiraf sebagai modal insan cemerlang bagi tahun 2016 yang antaranya dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, pejabat kewangan negeri, pejabat pengarah tanah dan galian dan jabatan mufti negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, antara kejayaan yang telah dicapai pada tahun lalu ialah pencapaian 5 bintang oleh pejabat SUK bagi indeks penarafan oleh MAMPU.

6aaf1059-ee20-4af9-acec-2e0648bf677f

“Kita juga telah menerima anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi inovasi KIK bagi projek Commander Centre yang bertujuan menyelaras Operasi Penguatkuasaan.

“Dalam urusan pembayaran bil, secara keseluruhannya bayaran bil dikendalikan pada 2016 ialah berjumlah RM2.516 bilion dengan purata 8,675 sebulan, 100 peratus telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 7 hari berbanding 14 hari yang ditetapkan di peringkat kebangsaan,” ujarnya ketika memberi ucapan dalam majlis yang sama.

Malah tambah beliau, Pusat Transformasi (UTC) Perak telah berjaya mengekalkan kutipan tertinggi berbanding UTC lain di negara ini.

“2014 jumlah kutipan ialah sebanyak RM528 telah meningkat kepada RM613 juta pada tahun lalu.

“Bilangan pengunjung juga telah meningkat dari seramai 1.879 juta pada tahun 2014 kepada 2.123 juta pada 2015, ini membuktikan penjawat awam berkemampuan dan bersedia bertugas 7 hari seminggu dari pagi hingga malam,” jelasnya.