MERSING: Seorang lelaki sempat membuat rakaman video sebelum menggantung diri dalam kejadian di sebuah kilang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.42 petang itu, mangsa yang juga warga Nepal maut di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa iaitu pekerja kilang berkenaan berusia 20 tahun ditemui mati dalam keadaan gantung diri di bahagian dapur asrama pekerja kilang terbabit oleh seorang pengawal keselamatan.

“Laporan polis dibuat atas penemuan terbabit.

“Pemeriksaan awal tubuh badan mayat tidak terdapat tanda-tanda perbuatan jenayah.

“Mangsa membuat rakaman kejadian dengan menggunakan video telefon miliknya sebelum menggantung dirinya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Cyril berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut – Berita harian