BAGAN DATUK : Kesemua jeti nelayan di Hilir Perak yang dalam keadaan reput dan usang akan diperbaiki serta dinaiktarafkan menjadi jeti konkrit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada persatuan nelaya Hilir Perak bahawa jeti-jeti kayu sedia ada di kawasan terlibat dalam keadaan menyedihkan.

“Saya telah mengarahkan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengambil langkah membaik semula jeti-jeti ini untuk memberi kemudahan yang lebih selesa pada nelayan,” katanya yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Parlimen Bagan Datuk di Dewan Serbaguna Hutan Melintang pada Ahad.

Zahid-Majlis-Nelayan-2

Ahmad Zahid juga turut memberi jaminan bahawa sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan besar di Parlimen Bagan Datuk beliau akan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat di kawasan itu.

Beliau turut mengingatkan penduduk Bagan Datuk supaya menolak sebarang bentuk fitnah dan tomahan pembangkang menjelang Piliha Raya Umum ‪ke-14‬ nanti.

Sebaliknya kata beliau mereka perlu terus memberikan sokongan jitu kepada BN bagi memastikan segala bentuk pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan denga lancar.