PUTRAJAYA : Semua anggota Kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta dan mereka diberi tempoh sebulan untuk melakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jemaah Menteri diingatkan tentang komitmen untuk menentang dan banteras rasuah pada mesyuarat Kabinet sulung yang dipengerusikan Perdana Menteri, pagi ini. – BERNAMA