IPOH: Kerajaan Pakatan Harapan Perak, hari ini mengumumkan 11 portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah lantikan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Sabtu lalu.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu sendiri memegang portfolio Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun (GLC), Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

Menurut beliau, semua rakan parti dalam barisan Exco berpuas hati terhadap penetapan portfolio masing-masing.

Beliau memberi jaminan, barisan Exco yang dilantik itu akan bekerja sebagai satu pasukan dengan mengamalkan sikap saling menasihati.

“Bukan semua orang tahu semua perkara, tetapi kita akan sentiasa ingat mengingati dan tegur menegur, ini satu amalan yang kita buat.

“Harapan kita kini adalah untuk fokus kepada setiap tawaran yang dibuat kepada rakyat, kita perlu pastikan janji itu dapat dipenuhi dalam jangka masa lima tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pertama exco di sini, hari ini.


1. YAB TUAN AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU
(Menteri Besar Perak Darul Ridzuan)
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanh, Badan Berkanun (GLC). Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi.

2. YAB ENCIK ASMUNI BIN AWI
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan.

 

3. YB ENCIK YONG CHOO KIONG
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu.

 

4. YB ENCIK ABDUL YUNUS BIN JAMAHRI
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan.

 

5. YB DATO’ SERI IR. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor.

 

6. YB DR. ABDUL AZIZ BIN BARI
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan.

 

7. YB ENCIK SIVANESAN A/L ACHALINGAM
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia.

 

8. YB PUAN WONG MAY ING
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

 

9. YB ENCIK TAN KAR HING
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

 

10. YB ENCIK HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi.

 

11. YB ENCIK HOWARD LEE CHUAN HOW
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan.