PADANG RENGAS – Kira-kira 500 orang penduduk Kampung Labu Kubong dan kawasan di sekitar Lubuk Merbau, Padang Rengas dan Kuala Kangsar menghadiri program Seni @ Labu Kubong di Dataran Badang Labu Kubong, Lubuk Merbau di sini hari ini.

Program yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengetengahkan pelbagai pertandingan iaitu pertandingan seni kraf jebak burung, pertandingan sukan rakyat, futsal bendang, pertandingan kukur kelapa, pertandingan mewarna dan mini Badang.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nazri Aziz berkata pemilihan pusat kegiatan Homestay Labu Kubong JKKN Perak bertepatan dengan aktiviti yang diadakan sempena program Seni Budaya dalam kawasan Parlimen Padang Rengas.

“Seni mencerminkan ketinggian ilmu serta kreativiti orang Melayu zaman dahulu dalam mencipta sesuatu perkara.

“Oleh itu, program ini wajar diadakan setiap tahun yang perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu cara bagi menghargai hasil seni warisan melayu agar terpelihara dan diwarisi dari zaman ke zaman,” kata beliau semasa ucapan perasmian program Seni @ Labu Kubong di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar golongan remaja, muda dan belia untuk turut sama dalam aktiviti gotong royong.

“Saya merasakan bahawa penglibatan mereka dalam aktiviti pengisian pada hari ini amat bermakna dan berguna.

“Dengan cara inilah kita membiasakan, meibatkan, mendidik, mendedahkandan mengajak mereka untuk turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan atau khidmat sukarela bermula seawal usia kanak-kanak lagi.

Melalui program seperti ini, kita dapat memupuk dan menyemai nila-nilai murni di kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat darri luar.

Natijahnya kia harus desar bahawa aktiviti sebegini dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dlam kalangan rkyat supaya,ereka sedar bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, tambah Nazri.

Pada majlis sama, Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas merasmikan pra-pelancaran Badang Challenge International D’Labu Kubong 2018.

Acara tersebut akan diadakan pada 7 hingga 9 September ini bertempat di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau.

Cabaran Badang bermula pada tahun 2014, yang dimulakan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat dan memacu nama Homestay Labu Kubong dan daerah Kuala Kangsar sebagai sukan antarabangsa yang terkenal yang diadakan setiap tahun.

Nazri turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk projek First Malaysian Village Insect Zoo di antara Kampung Labu Kubong sebagai tuan rumah yang diwakili oleh Ketua Kampung Labu Kubong merangkap Pengerusi Homestay Labu Kubong Meor Shamsuddin Abu Hassan, Silfira Concept yang diwakili oleh Hardy Adrian Chin dan Advanture 360 penyedia pakej yang diwakili oleh Hisham Yusof.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh Datuk Zainun Mat Noor, ADUN Lubok Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rashidi Hasbullah, Ketua Pengarah JKKN Tan Sri Norliza Rofli, Pengarah JKKN Negeri Perak Wan Din Wan Muhammad.