SENIMAN Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan telah meninggal dunia. Perkara itu disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Seniman legenda itu dikatakan telah menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 82 tahun. Pada awal kariernya dalam bidang lakonan, Allahyarham turut mendapat bimbingan daripada seniman lagenda Tan Sri P Ramlee.

Jins Samsuddin lahir pada 5 November 1935, bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengarahan filem. Beliau mula terkenal sejak tahun 1950 an sehingga 1970 an.

Salam takziah diucapkan kepada keluarganya, semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba Allah yang beriman dan mendapat keredhaan-Nya.

-Blog Milo Suam