KUCHING: Seorang pekerja cedera dalam kejadian letupan dari sebuah premis perniagaan dalam Pusat Beli Belah City One, di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Difahamkan, premis perniagaan terbabit dalam proses pengubahsuaian ketika kejadian berlaku.

Kejadian turut menyebabkan beberapa premis perniagaan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak – berita harian

Salah seorang mangsa letupan di Kompleks City One diselamatkan dan diibawa keluar oleh pasukan bomba dari runtuhan.- Foto Mohd Roji Kawi
Salah seorang mangsa letupan di Kompleks City One dibawa keluar dari runtuhan.- Foto Mohd Roji Kawi