Oleh:Nazialita Geynna Maharan

SUNGAI SIPUT: Belum pun habis dengan kejadian babi tersesat masuk dalam Masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh umat Islam lebih-lebih lagi di daerah ini dikejutkan dengan lakaran objek lucah di dinding masjid Felda Lasah, dekat sini.

Lakaran itu dipercayai ditinggalkan tiga penagih dadah yang bertanggungjawab memecah masuk dan mencuri tabung masjid tersebut pada 6 Mac.

 15a2db97-4e4e-4dde-8a9c-f516b553f804

Salah seorang daripada saspek berumur 20an telah berjaya ditangkap dalam kebun kelapa sawit di Kuala Kangsar petang Khamis hasil operasi bersepadu yang dilancarkan polis bersama Agensi Anti Dadah (AADK) Kebangsaan.

Dua lagi rakan jenayahnya masih diburu polis.

Perbuatan keterlaluan penagih dadah itu telah mengundang kemarahan penduduk yang menyifatkan mereka lebih teruk daripada binatang bergelar babi.

Penduduk Felda Perlop Adimus Putra Yamin, 27, berkata masjid di Felda Lasah dipecah masuk dua kali dengan insiden pertama pada dua minggu lepas manakala yang terbaru 6 Mac lepas.

“Malah keesokannya berlaku kes sama di Masjid Kampung Simpang Temin pula. Difahamkan kejadian pecah masuk 6 Mac berlaku tidak lama sebelum jemaah tiba untuk solat subuh.

“Dah la datang mencuri, diconteng pula tiang masjid kami dengan objek lucah. Orang kecoh babi masuk masjid…tak mengapa sebab babi itu dah tentu binantang tak berakal.

Tapi perbuatan mereka ini dah macam manusia berhati syaitan masuk masjid…curi, lepas itu tinggalkan lukisan tak senonoh dalam masjid,” katanya ketika dihubungi pada petang Khamis.

Adimus berkata ironinya, kedua-dua kes iaitu insiden babi di Sungai Buloh dan lakaran objek lucah itu berlaku pada hari yang sama iaitu 6 Mac.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Rozemi Ismail ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan objek lucah itu

2344029d-6ce3-414e-8047-5f17cf6c4277