Oleh:Nazialita Geynna Maharan

TAPAH:Tindakan seorang lelaki menukar laluan secara mengejut berakhir dengan tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Ipoh-Teluk Intan di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 11.28 pagi itu, Tan Kong Seng, 69, maut di tempat kejadian apabila kenderaan jenis Nissan Sentra yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Som Sak a/l Din Keliaw berkata kemalangan tersebut berlaku apabila mangsa yang berasal dari Hutan Melintang sedang menghala ke Air Kuning dari arah Teluk Intan.

“Kejadian berlaku apabila kenderaan mangsa cuba untuk memotong kenderaan di hadapan namun berlanggar secara berhadapan dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Berikutan itu, mangsa telah tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Tapah,”katanya ketika dihubungi Suara Perak.

Som Sak berkata, mayat mangsa telah diserahkan ke Hospital Tapah bagi tujuan bedah siasat.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya lagi.

15c33a9b-9025-4dee-8620-1b083e676fd2