BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 20an maut dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah van di jejambat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Jalan Permatang Pauh.

Mangsa yang merupakan pemandu kereta Perodua Kelisa putih itu meninggal dunia di tempat kejadian, pada kira-kira pukul 7.59 pagi Selasa.

Keadaan pemandu dan penumpang lain tidak dipastikan tetapi mereka dipercayai hanya cedera ringan.

Kemalangan mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk di lebuhraya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan mengesahkan kemalangan itu dan memberitahu ia kini disiasat polis.