GERIK: Seorang maut manakala tiga lai cedera selepas lori yang membawa minyak hitam terbabas lalu terbalik di Jalan Gerik – Jeli, sebelum Hentian Air Lebey, dekat sini, pagi Isnin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 6.51 pagi.

“Terdapat seorang mangsa tersepit manakala tiga orang mangsa lagi mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya di sini.

Katanya, anggota bomba menggunakan ‘rescue tool’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Kamarul Ariffin Abd Ghani itu tamat jam 9.20 pagi.