IPOH: Serbuan polis di sebuah rumah dekat Bagan Seberang, Kuala Kurau bukan sahaja menemukan sejumlah dadah pelbagai jenis tetapi juga sebutir bom mortar berukuran 60 milimiter yang masih aktif.

Menurutnya, polis telah membuat risikan ke atas suspek selama dua bulan sebelum membuat serbuan ke rumahnya yang terletak di atas sebuah pelantar pada awal pagi Selasa.

“Dalam operasi jam 4.30 pagi itu juga kita telah menjumpai 1.2kg dadah jenis heroin dan 13gram dadah jenis syabu yang disorok bernilai RM19,630,” katanya beliau dalam satu sidang media khas di Ipoh pada Rabu.

 Katanya, suspek, seorang penganggur dengan 11 rekod kesalahan lampau bersangkutan kes jenayah dan dadah, mungkin menyimpan bom tersebut untuk digunakan sebagai perlindungan.