KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan serbuan oleh pihak berkuasa agama terhadap kumpulan pengikut Syiah mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Mujahid berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap kumpulan tersebut di Selangor baru-baru ini mengikut SOP.

“Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada menteri besar (Selangor) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin (Rabu lepas).

Amiruddin sebelum ini turut dilaporkan berkata, serbuan dilakukan oleh JAIS terhadap kumpulan tersebut di Gombak adalah mengikut SOP JAIS.

JAIS sebelum ini mengesahkan membuat serbuan di sebuah markas syiah dan menahan 21 pengikut ajaran sesat itu bersama ketuanya, Kamil Zuhairi Abdul Azizi, 9 Septerber lalu.

Serbuan jam 9.45 malam itu melibatkan 25 pegawai JAIS terhadap mereka yang disiasat di bawah undang-undang syariah kerana penentangan fatwa dan amalan syiah.

Mereka dibawa ke Kompleks Islam Gombak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan pada jam 5 pagi tadi.

SinarHarian