PUTRAJAYA: Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican hari ini dinaikkan pangkat daripada Brigadier Jeneral kepada Mejar Jeneral.

Fadzlette merupakan tentera darat wanita tunggal yang dinaikkan pangkat sebagai jeneral berbintang dua.

Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan tentera darat itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat , Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Zulkiple sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

–BERNAMA