IPOH: Sewa hanya RM1 sebulan, ye ke, biar betul?
Mungkin itu antara persoalan yang akan diajukan apabila dimaklumkan bahawa sewa tapak untuk perniaga hanya RM1 sebulan.

Namun, itulah realitinya apabila syarikat pemaju terkenal di Perak, Team Keris Berhad (TKB) hanya mengenakan RM1 sebulan untuk peniaga menyewa lot di Rasa Raya@Jelapang Square mulai 25 Ogos ini.

Walaupun hanya membayar tidak sampai lima sen sehari, peniaga juga akan menikmati promosi pengiklanan percuma, termasuk melalui bunting, baner dan van bergerak.

Naib Presiden Komunikasi Korporat TKB, Anuar Abu Hassan berkata, Rasa Raya@Jelapang Squre adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya untuk menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan bumiputera memperkasakan ekonomi.

“Di dalam kerancakan menjayakan projek pembangunan hartanah, kami mahu berkongsi kejayaan dengan memulangkan kembali sebahagiannya kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Isnin.

Menurut Anuar, Rasa Raya@ Jelapang Square menyediakan keriangan serampang dua mata iaitu peluang serta ruang perniagaan untuk peniaga dan me`raya’kan selera pembeli dengan pelbagai juadah seperti di bazar Ramadan.

Beliau memberitahu, lokasi Jelapang Square dipilih kerana kedudukannya yang strategik, berhadapan Jalan Ipoh – Lumut dengan kepadatan penduduk sekitar 250,000 yang meliputi Gugusan Manjoi, Silibin dan Meru Raya.

“Ini adalah pemberian kami kepada semua di mana keriangan suasana dan aroma ala Ramadan dapat dilanjutkan sepanjang tahun,” ujarnya.

Anuar berkata, pihaknya menyediakan 100 lot perniagaan dan setakat ini 60 daripadanya telah diisi.

Beberapa peniaga yang ditemui melahirkan raya gembira kerana diberi peluang untuk berniaga di sebuah kawasan perniagaan baru yang strategik dengan kadar sewa yang `tidak masuk akal’.

08aef3f5-ed68-4e8d-b1fb-ae8a64449107Mat Nayan Din, 55, yang menjalankan perniagaan BBQ berkata, apa yang dilakukan pihak TKB sangat membantu peniaga bumiputera sepertinya.

“Kalau ada banyak pihak yang tampil melakukan seperti yang dibuat oleh TKB, tentu lebih ramai peniaga kecil seperti saya mendapat peluang untuk tambah ekonomi,” katanya.

Peniaga air, Sarah Kamaruddin, 40, pula berkata, dalam keadaan ekonomi e0292f99-4231-47d1-b13f-484f256b8035yang tidak menentu sekarang, sudah tentu sewa yang ditawarkan itu tidak boleh ditolak.

“Sekarang ini mana hendak dapat sewa RM1 sebulan, bayaran ke tandas pun sekurangnya 20 sen sekali masuk, terima kasihlah,” ujarnya sambil menambah, jika keadaan mengizinkan, dia ingin berniaga setiap hari.