Subscribe Now

Trending News

Shahnon Ahmad Meninggal Dunia
Nasional

Shahnon Ahmad Meninggal Dunia 

KAJANG – Sasterawan Negara (SN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang di sini pagi ini.

Memetik laporan sebuah portal berita, Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Saifullizan Yahaya berkata, beliau dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Asrul Sani.

Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor hari ini.

Antara karya tersohor Allahyarham termasuk ‘Rentong’ dan ‘Ranjau Sepanjang Jalan’. – K! ONLINE

Related posts