IPOH: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed, 43, dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baharu berkuatkuasa 1 November lalu.

Ketika dihubungi pada Khamis, beliau menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab yang berat.

“Saya mengharapkan sokongan, bimbingan dan nasihat, insya Allah saya akan buat yang terbaik,” katanya.