IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya melepaskan 8,084 peserta Ipoh International Run (IIR) 2017 pada Ahad pagi.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Masyarakat Sivil (MMS) dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).

Penganjuran edisi ke-22 tahun itu bukan sahaja melibatkan peserta daripada 14 negara, malah jumlah peserta turut meningkat berbanding penganjuran tahun lepas.

Zamri berkata, penganjuran IIR 2017 sangat bertetapan dengan Tahun Melawat Perak 2017 dengan sasaran lebih tujuh juta pelancong datang ke negeri ini.

Ipoh-IR-2017 2

Seramai lapan orang wakil dari delagasi Nanning, China yang diketuai oleh Timbalan Datuk Bandar turut serta pada acara itu.

IIR 2017 yang mendapat tajaan daripada 23 syarikat, mempertandingkan empat kategori larian iaitu 21 km, 10 km, 7 km dan 5 km.

Beberapa peserta dari negara yang pertama kali, antaranya Azberbaijian dan Zimbabwe turut mengambil bahagian di samping peningkatan peserta daripada Thailand.

Sebelum ini, antara peserta luar negara yang sering mengambil bahagian ialah daripada Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan, China, Kenya dan United Kingdom.