Sitiawan: Silinder mengandungi klorin mengalami kebocoran di kilang pemprosesan sarung tangan di Kampung Batu 10 Lekir di sini, 10.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan menerima panggilan kecemasan pada 10.47 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati kakitangan syarikat berkenaan sudah menutup injap utama silinder berkenaan.

“Bomba kemudiannya memeriksa kawasan kilang bagi memastikan tiada lagi kebocoran berlaku dan membuat semburan serta ventilation (pengudaraan) di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tiada mangsa cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.31 pagi.

-myMetro