IPOH: Hujan lebat disusuli ribut kuat menyebabkan siling dan palang di Plaza Tol Ipoh Selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, tertanggal dan rosak.

Kejadian pada jam 5.50 petang itu menyebabkan sisa siling dan palang tersebut bertaburan di atas lebuh raya itu dan menyebabkan gangguan kepada lalu lintas.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, kerosakan itu melibatkan empat lorong di plaza tol tersebut dan tidak membabitkan sebarang mangsa.

Katanya, pada ketika ini, dua lorong yang terlibat telah dibuka kepada pengguna manakala dua lagi akan dibuka sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan selesai.

 

tol-selatanribut 2Dalam pada itu, kurang 100 meter daripada plaza tol tersebut, sebuah kereta terbabas dan melanggar bahagian tengah penghadang jalan sebelum ia terbakar.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh berkata, kemalangan yang berlaku pada sekitar jam 6 petang itu melibatkan tiga mangsa berusia lingkungan 20an.

“Dua mangsa sempat keluar dari kenderaan itu manakala seorang lagi dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital berdekatan,” ujarnya.

kereta-terbakar