IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes memiliki  70 ketulan mampat ganja seberat 69.4 kilogram.

Majistret  Nor Melati Diana Abdul Wahab mengeluarkan perintah reman tujuh hari itu bermula hari ini hingga 27 Mac bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

ketiga-tiga suspek itu yang berumur antara 30an hingga 40an diberkas oleh sepasukan polis  dari Cawangan Tindakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik  Bukit Aman di sebuah rumah di Taman Cempaka dekat sini pada kira-kira jam 1 pagi tadi.

Mereka diberkas setelah pasukan polis menemui ganja itu tersorok di beberapa bahagian dalam sebuah kereta di halaman rumah berkenaan.