KUALA LUMPUR: Presiden MyPPP M Kayveas hari ini mendedahkan bahawa Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh masih merupakan ahli partinya yang disertai pada tahun 2003.

“Sekiranya Sivarraajh diberi peluang untuk bertanding di parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), ia bermakna kerusi tersebut kekal mili MyPPP,” katanya kepada Berita Daily.

Menurut Kayveas, Sivarraajh menyertai pada 21 Jun 2003 selaku anggota MyPPP di cawangan Brickfields Utama.

“No ahli beliau adalah 333981 dan masih ahli di partinya,” kata Kayveas sambil menunjukkan bukti keanggotaan Sivarraajh di telefon bimbitnya.

Jelas beliau bahawa perlembagaan MyPPP memperuntukkan seorang individu yang menjadi ahli partinya kekal menjadi ahli parti sehingga beliau letak jawatan atau dipecat.

“MyPPP tidak kutip yuran tahunan. Sekali membuat bayaran boleh menjadi ahli seumur hidup. Maka, beliau masih merupakan ahli MyPPP dan ini bermakna Cameron Highlands tetap milik MyPPP sekiranya Sivarraajh diberi peluang bertanding di Cameron Highlands.

Kayveas turut mengimbas kembali PRU11(2004) dimana Sivarraajh berkempen bagi beliau di parlimen Taiping.

“Di 2004, dia kempen bagi saya di parlimen Taiping,” jelas beliau sambil menambah keaggotaan Sivarraajh di MIC sebagai tidak sah.

“Perlembagaan MIC berbunyi, ahli parti MIC tidak layak menjadi anggota di parti politik lain. Setahu saya beliau merupakan ahli MyPPP sebelum menyertai MIC. Dan sehingga hari ini beliau tidak memberi sebarang surat letak jawatan,” sambung Kayveas.

Untuk rekod, Sivarraajh yang kini merupakan penyeleras parlimen Cameron Highlands, dikatakan bakal calon BN pada PRU14 – berita daily